AliFanz Chatterz

Single PERTAMA Alif - Bangun Semula

Promo Alif

Busy~

Posted: Tuesday, April 27, 2010 by Alif Fan Club in
1

Salam sayang buat you alL AliFanz sume,


Firstly Alif nak mintak maaf sangat2 sbb Alif lame xupdate blog ni..
kalau ade massege atau something yang anda tulis kat wall fb Alif yg Alif xsempat balas Alif mintak maaf.. tp insyaALLAH lah alif akan mencuba sedaya upaya untuk membalas komen2 anda di facebook(fb).. juga di YM, kerna alif sibuk sikit sejak2 ini... harap anda boleh memahami Alif... Alif akan buat yang terbaik untuk anda lepas ni...

Then, Alif excited sangat sbb Alif da start masuk studio recording.. Since ISNIN(26/4/2010) aritu Alif practice vokal dan mula masuk studio... best tuuu... nervouse pon ade gak.. kalo korang sume nak tahu ape lagu Alif tu korang tunggu je nanti keyh.. Alif akan umumkan kat FB ngan blog ni...

papepon thanks sebab support ALIF selama ni.. jasa anda takkan alif lupakan.. Love AliFanz.


source : Alif Kadim


Kecewa Alif Tersingkir

Posted: Wednesday, April 14, 2010 by Alif Fan Club in
0


KEKECEWAAN jelas terpancar di wajah pengetua Akademi Fantasia 8 (AF8), Norman Abdul Halim, sebaik Alif diumumkan tersingkir dari gelanggang AF8.

Kelihatan Norman menggeleng-gelengkan kepalanya sewaktu pengacara program, Sarimah Ibrahim membacakan keputusan itu menerusi program Debaran AF8 yang dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Ahad lalu. Bagi Norman, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Kadim, 19, antara peserta yang mempunyai potensi melangkah ke final.


Norman berkata, Alif memiliki keunikan vokal yang pada pendapatnya tidak pernah dimiliki mana-mana bintang AF sebelum ini.


"Sebagai pengetua, saya berasa sangat sedih dan terkilan dengan penyingkiran Alif kerana bagi saya, Alif satu-satunya pelajar yang memiliki vokal paling unik dalam musim ini. Bahkan untuk musim sebelumnya juga.


"Dia antara pelajar yang saya sasarkan mara ke final. Selain vokal unik, dia juga berjaya melakukan dalam apa juga cabaran lagu yang diberikan kepadanya.


"Jika dinilai dari segi mutu persembahan pula, Alif seorang pelajar yang versatil dan berpotensi besar. Saya berharap, penyingkiran ini tidak menjadi titik noktah buat Alif untuk meneruskan perjuangan seninya.



"Penyingkiran ini bukan penghujung kariernya kerana saya pasti pihak AESB (Astro Entrertainment Sdn Bhd) mempunyai rancangan jangka panjang untuk peserta AF8," katanya ditemui dalam sidang media selepas Debaran AF8 berakhir.


Apapun, Norman tidak pasti sama ada suntikan elemen dangdut dalam lagu Hanya Di Radio yang dipopularkan kumpulan Headwind menjadi punca sehingga Alif tersingkir. "Alif bertemu saya di bilik pengetua menyatakan kebimbangannya untuk membawakan lagu itu dalam versi dangdut. Namun, selepas meyakinkannya dan memaklumkan alasan di sebalik perubahan yang dilakukan, dia akhirnya menyahut cabaran itu dan membawanya dengan baik "Mungkinkah disebabkan perubahan lagu itu punca Alif tersingkir kerana penonton tidak dapat terima sehingga memberi kesan pada undiannya.


"Sebenarnya perubahan dilakukan untuk mencari kelainan dan mewarnai pentas. Ia adalah keputusan kolektif daripada produksi dan tenaga pengajar.

"Seperti kata Aznil, kalau ikutkan irama dangdut senang untuk mendapat sorak peminat tetapi mungkin malam ini bukan rezekinya," katanya.


Tiga peserta yang sudah meninggalkan AF8 sebelum ini ialah Muhammed Shahril Mohs Saleh Hussein (Shah), 26; Erma Suhaimi (Erma), 21, dan Dayang Nor Anum Arjuna Aharun (Anum) Anum, 19.


Lapan pelajar masih bersaing empat perempuan dan empat lelaki iaitu Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23; Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19, dari Sabah; Zafarina Jamhari atau Farina, 28 (Sarawak) dan Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 (Selangor).


Pelajar lelaki, Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 (Sarawak); Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 (Perak); Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20, (Negeri Sembilan) dan Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 dari Johor. Keputusan kedudukan pelajar yang diperoleh sebaik Debaran AF8 menyaksikan Adira berada di kedudukan teratas dengan jumlah peratusan 15.17 manakala, Shahir (13.24), Maulana (11.03), Daus (10.75), Ain (10.62), Nat (10.07), Iwan (9.99) dan Farina 9.66 peratus.


Sementara itu, Alif mengakui sudah dapat menjangkakan persembahan pada konsert minggu keempat itu mendapat kritikan. Katanya, dari awal lagi dia sudah dapat jangka penonton mahupun pengkritik tidak menyukai persembahannya kerana perubahan lagu itu.


"Sebab itu saya bertemu pengetua untuk membincangkan hal ini. Namun, selepas diberi penerangan dan diyakinkan, saya menyahut cabaran itu dan sudah sedaya upaya memberikan persembahan terbaik.


"Saya akur dengan keputusan malam ini walaupun tidak menjangka akan meninggalkan pentas AF seawal ini. Sasaran saya untuk ke final," katanya.


Mengenai perancangannya selepas ini, Alif berkata, dia mahu kembali ke kuliah untuk menyambung semula pengajian Diploma Muzik & Vokal di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara). Bagaimanapun, hal itu harus dibincangkan terlebih dulu dengan pihak Astro.

suorce : Harian Metro, 14/4/2010

Alif Tersingkir pada Minggu ke4

Posted: Monday, April 12, 2010 by Alif Fan Club in
1


Alif Pula Tersingkir
Muhammad Alif B. Kadim atau Alif, 19, menjadi pelajar keempat tersingkir dari program Akademi Fantasia 8 (AF 8). Pengumuman dilakukan oleh Sarimah Ibrahim pada Debaran Akademi Fantasia dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil sebentar tadi

Pelajar yang berasal dari Kuala Lumpur itu menunjukkan persembahan yang baik pada minggu keempat menerusi lagu Hanya Di Radio nyanyian asal Headwind. Namun cara nyanyian ala dangdut nya mendapat kritikan hebat terutama dari Adlin Aman Ramli. Turut menjadi pengkritik semalam adalah Aznil Hj Nawawi. Dan penyanyi terkenal, Aishah

Kini, tiada lagi keletah ‘adik manja’ Alif yang boleh ditonton menerusi Diari AF. Malah, penonton pasti akan merindui ‘suara besarnya; setiap kali membuat persembahan untuk konsert mingguan. Dia pasti akan dirindui oleh kesemua pelajar, tenaga pengajar dan peminatnya

Kini, tinggal lapan peserta yang meneruskan perjuangan mereka dalam AF 8 pada minggu kelima ini. Adira menduduki tangga pertama dengan markah 15.17 peratus, Shahir (13.24), Maulana (11.23), Daus (10.75), Ain (10.62), Nad (10.07), Iwan (9.99), Farina (9.96) dan Alif di tangga terendah dengan (9.46)

Source : astro

Hanya di Radio - Alif (minggu 4)

Posted: Saturday, April 10, 2010 by Alif Fan Club in
0

Brain Wash

Posted: Friday, April 9, 2010 by Alif Fan Club in
0

*4 April 2010*

Hari ini dapat lagu. Alif dapat lagu Hanya di Radio. Hari ni mood pun kurang sebab kena brain wash dengan tenaga pengajar based on last konsert. So no story to share... Bye bye all. Doakan Alif dapat bawa lagu itu dengan baik ya!!!

Sesuatu Janji - Alif (minggu 3)

Posted: Monday, April 5, 2010 by Alif Fan Club in
0

WeekLy Contest

Posted: Thursday, April 1, 2010 by Alif Fan Club in
0

Apakah tajuk lagu yang dibawa oleh Alif pada minggu ke-3 dan siapakah penyanyi asal lagu tersebut?

Lengkapkan slogan : saya memang meminati Alif Kadim kerana...(tiada had perkataan)


sila emelkan jawapan anda di
alif.kadim@yahoo.com

@

syaf_salahuddin@yahoo.com

pemenang akan memenangi 2 tiket percuma ke konsert mingguna