AliFanz Chatterz

Single PERTAMA Alif - Bangun Semula

Promo Alif

Permintaan Alif~

Posted: Wednesday, March 31, 2010 by Alif Fan Club in
0

*25 Mac 2010*

Hari ni Alif paling hyper sekali. Mula naik akademi first sekali trus kelas cikgu Siti Hajar. Kelas dia macam biasa lah Alif akan belajar benda baru.Lepas itu kelas cikgu Que. Alif pendapat dia, ok ke tak? Alif request nak perform sambil duduk je. Yes, permintaan ALif diterima pakai.

Lagu Bapa

Posted: by Alif Fan Club in
0

*24 Mac 2010*


Hari ni hari paling mengantuk sekali. Dapat lagu English. Sedih sikit lagu ni. Ada kene mengena siket dengan Alif masa kecil kecil dulu. Lagu bapa Alif ni. Hehehe. Alif akan cube buat yang tebaik untuk sampaikan lagu ni masa malam konsert tu nanti.


Alif kene yakin dan buktikan yang alif boleh bawa semua jenis lagu. Kene buktikan pada family, yang Alif boleh. So sekarang alif nak sambung tranning menyanyi ni. Ok lah, sampai disinin sahaja dulu. Jumpa lagi besok. Bai bai.

Sunyi...

Posted: by Alif Fan Club in
0

*23 MAC 2010*

Bangun pagi je rasa sedih sebab tengok katil Abang Shah dah kosong. Sedih sangat. Tuhan je lah yang tahu. Alif tak dapat terima kenyataan yang Shah akan terkeluar. Sekarang dah sunyi sebab ketiadaan dia.


Cerita pasal akademi, harini dapat lagu baru dan masa tengok balik persembahan konsert, Cikgu cikgu semua komen. Takut sangat dia orang marah. Ok lah, tak banyak yang nak ditulis. Jumpa lagi esok ye semua. Love u all. Bye

Menari Dengan Ayah?!

Posted: Wednesday, March 24, 2010 by Alif Fan Club in
0

sape plak yang menari ngan ayah kali ni ? jangan salah sangka . itu tajuk lagu yang alif dapat untuk tugasan minggu ke-2 . dance with my father . admin rasa lagu tu sangat sesuai ngan alif and admin dpt agak alif akan dpt lagu tu . laporan diari smalam da revealed tugasan pelajar2 yang lain . so kita doakan alif dpt buat yang terbaek . dan teruskan undian anda !

PERGH....FULAWEYH

Berry Berry...

Posted: Thursday, March 18, 2010 by Alif Fan Club in
1

Hari ni genap sebulan saya dengan rakan rakan yang lain. Rasa macam baru semalam jer daftar kat sini. Cik Baha buat tugasan deco tempat makan masing masing. Pastu kene lepaskan perasaan kat diari ku. Kena beri ucapan untuk yang terkeluar nanti. Rasa sebak even baru sebulan bersama. ALIF mintak minggu ni takdalah penyingkiran.

Masa kelas cikgu Linda, Alif rasa macam penat siket dan sakit perut. Hahahaha, tak tahu kenapa jadi begitu. Hahaha rasa macam nak terbery bery pula. Hahahaha

Alif tido dulu ya, babai semua. Love my family n friends.


Source : Astro

Hari yang Paling Penat !

Posted: Wednesday, March 17, 2010 by Alif Fan Club in
0

Hari ni ialah hari yang paling penat, tension siket, happy pun ada. Camtu lah perasaan keseluruhannya.Kelas pertama dekat akademi tadi ialah kelas cikgu Adnan dan Cikgu Siti Hajar. Kita orang kene nyanyi lagu yang diberi. Lepas Alif nyanyi, cikgu pun komen lahh. Alif setuju dan ambil komen itu dan akan saya perbaiki.


Alif agak malu kerana cikgu macam cakap Alif punya suara tidak macam orang lain. Alif selalu kene bahan dengan rakan rakan yang lain kerana harap je belajar kelas vocal, tapi suara tak sedap mana pun. redha sahaja. Sikit pun tidak mengambil hati.


Tak kisah lah orang nak cakap Alif ni apa,yang penting, Alif datang akademi ni untuk mencapai cita cita dan belajar sikit sikit apa benda yang tidak tahu

source : astro.com.my

Five Six Seven Eight !

Posted: by Alif Fan Club in
0

sorry sebab lambat update . sepatutnya update semalam tapi terlalu busy ngan final exam so tak dapat nak kongsi cerita . ok kali ni bukan nak mengajar mengira atau mengeja . tapi apa kaitan tajuk blog tu . macam pernah dengar je ungkapan tu kan . selalu nya ungkapan atau kira kira ni digunakan oleh cikgu tarian . siapa lagi kalau bukan Cikgu Linda Jasmin


macam yang korunk semua tahu alif da mula sesi pembelajaran di akademi . alif da masuk kelas tarian dengan cikgu linda jasmin and kelas vocal dengan cikgu adnan dan cikgu siti hajar . so kita harap elif tetap tegar dalam akademi dan buat the best untuk peminat yang menunggu kat luar akademi

Mimpi Yang Harus Dikejar

Posted: by Alif Fan Club in
0

"mengejar mimpi yang pasti akan aku sentiasa merasa kehilanganmu ku akan tunggu saat bertemu"

macam ada kaitan je lirik kat atas dengan alif . apa kaitannya ek ? sesuai dengan tujuan alif di akademi iaitu untuk mengejar mimpi nya . haaa ini la sebahagian lirik yang akan dinyanyikan oleh alif pada konsert hari sabtu ini . alif telah diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu Kau Aku nyanyian Aizat . lagu yang pernah menjadi OST bagi drama bersiri Merah Putih lakonanZahiril Adzim dan Ellyas Abdullah .



pada mulanya Alif memilih lagu Bengang dan Kau Aku . tetapi lagu Bengang telah diberikan kepada Shah . tenaga pengajar telah memilih lagu Kau Aku sebagai tugasan untuk alif . berjaya kah alif menyampaikan lagu ini dan mencuri perhatian juri ? apa2 pun kita doakan yang terbaik untuk alif .

Komen Pedas

Posted: by Alif Fan Club in
0

Haloo...Hari ni bermula hari baru bagi Alif, kerana semalam konsert tirai dah pun selesai. So hari ini Alif kene tunggu komen-komen dari tenaga pengajar tentang persembahan semalam dan hari ini juga Alif dapat lagu untuk konsert seterusnya. Bangun jer tido, terus teringat benda ini


Persembahan semalam, komen semua pedas. Tapi takpe, Alif ambil sebagai pembakar semangat. Tadi Alif kene komen pasal pitching kelaut. Hahaha.


Selepas lunch Alif diberi lagu baru.
Itu saja untuk hari ini

Babai

source : astro.com.my

Alif - Live Like We're Dying

Posted: by Alif Fan Club in
0

Komen Pak Nil dan Deja Moss terhadap Alif

Posted: by Alif Fan Club in
0

Pak Nil :




"Dia ada star value. Keyakinan Alif bergerak dan pengawalan pentasnya memang bagus. Cuma Pak Nil rasa itu bukan suara sebenar Alif. Pak Nil tak dapat nak tangkap suaranya dengan lagu rancak sebegini."

Deja Moss :



"Alif mempertaruhkan Live like We Dying dari Kris Allen. Percubaan yang bagus cuma perlu mengenali vokal dan juga belajar diction. Apapun keseluruhannya, persembahan yang baik untuk permulaan."


Masuk Akademi

Posted: by Alif Fan Club in
0

buat pertama kalinya alif telah memasuki ke dalam akademi yang akan menjadi tempat pembelajarannya selama bergelar pelajar akademi fantasia . reaksi alif menjejak kan kaki ke dalam akademi sangat teruja . alif telah diperkenalkan kepada semua tenaga pengajar .



sebagai pelajar alif telah didedahkan dengan klip persembahan di konsert tirai . dan tenaga pengajar telah memberi beberapa kritikan . kini alif akan memulakan perjalanan sebagai seorang pelajar akademi fantasia musim ke lapan .

Its All About Alif..

Posted: by Alif Fan Club in
0

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
- Menyertai pertandingan karaoke lagu-lagu patriotik antara sekolah Kuala Lumpur
Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
- Pernah
Apakah bakat lain yang anda miliki?
- Modelling dan menari
Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
- Hafiz dan Aizat
Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
- Kena rompak semasa ke kelas
Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
- Terpilih menjadi pelajar AF8
Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
- Terpilih menyertai program Khidmat Negara
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam hidup anda sepanjang tahun 2007-2009.
− Menyertai Konsert Diraja KPM 2007
− Mendapat tempat ke 2 Bintang Klasik Nasional 2008
− Melanjutkan pelajaran dii Aswara 2009
Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
- Meneruskan pengajian
Sekiranya anda dilahirkan semula. Siapakah anda?
- Anak orang
Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
− Boleh mengubah nasib seseorang daripada susah kepada senang
Jika anda tersesat di dalam hutan apakah 3 barang yang paling anda perlukan? Kenapa.
− Makanan
− Minuman
− Baju
Apakah hadiah paling istimewa yang pernah anda terima. Kenapa?
− Handphone
Sekiranya anda diberi 3 permintaan, apakah yang anda inginkan? Kenapa?
− Rumah
− Kereta
− Handphone
Sebutkan tiga aset yang ada pada diri anda.
− Menyanyi
− Rupa
− Perwatakan yang menarik